Pn Sulaiza mempunyai pengalaman mengajar selama lebih daripada 24 tahun. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian (Universiti Utara Malaysia 1993) dan Diploma Pendidikan IPDA (1996). Sepanjang kursus perakaunan beliau, beliau telah menghasilkan keputusan yang cemerlang dan justeru itu, telah dinobatkan sebagai pelajar yang perbaik untuk kursus beliau.
Sebagai seorang Guru Cemerlang DG 48, beliau memang dikenali ramai disebabkan oleh profil beliau yang mantap. Selaku seorang Jurulatih Utama Kebangsaan, Jurulatih Utama Negeri Melaka, dan Ketua Pentaksir Negeri Melaka Kertas 3 untuk subjek ini, beliau memang fasih dengan silabus Prinsip Perakaunan dan berkeupayaan untuk membantu pelajar di bawah bimbingan beliau mencapai keputusan SPM yang cemerlang. Pengalaman beliau yang terlibat dalam Panel Pembina Item Negeri Melaka juga merupakan satu kelebihan yang senantiasa dicari oleh ibu bapa yang ingin membantu anak-anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Jurulatih Utama Kebangsaan
Jurulatih Utama Negeri Melaka
Guru Cemerlang DG48
Panel Pembina Item Negeri Melaka
Ketua Pentaksir Negeri Melaka Kertas 3
Pengalaman mengajar 24 tahun
Berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian (Universiti Utara Malaysia 1993)
Diploma Pendidikan IPDA 1996
Pelajar terbaik Kursus Perakaunan
Penceramah Teknik menjawab Prinsip Perakaunan sekolah Negeri Melaka
Penceramah untuk bengkel Prinsip Perakaunan SPM anjuran ACCA