Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dan mempunyai pengalaman mengajar selama 16 tahun serta merupakan seorang Guru Cemerlang Sejarah. Beliau merupakan seorang Jurulatih Utama Negeri, panel penulis Modul Inspirasi YaPEIM, penulis buku MENTOR BOOK Sejarah tingkatan 4 dan 5 serta terlibat sebagai panel Pembina Modul Ticket To Victory JPN Perak.
Seorang guru yang sering mengintegrasikan ICT dalam sesi pengajaran bagi menjadikan kelas lebih menarik dan mudah difahami. Sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk menghasilkan murid yang berpotensi cemerlang dalam Sejarah melalui aplikasi TikTok, Youtube, Socrative dan Gamilab serta menghasilkan video 1 minutes Sejarah yang interaktif.