Cikgu Jamaliah binti Mohd. Elmi

MATEMATIK TAMBAHAN

Jamaliah

TEACHER'S PROFILE

Pn Jamaliah atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Alia mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Matematik Tambahan selama 20 tahun. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan Dengan Kepujian (Universiti Malaya 2001). 

Sebagai seorang Guru Cemerlang Matematik Tambahan, beliau sangat aktif memberi sumbangan sebagai Penceramah dalam banyak program bengkel kecemerlangan Matematik Tambahan di negeri Sabah semenjak Tahun 2011 sehingga kini. Beliau juga pernah terlibat sebagai Jurulatih Utama Matematik Tambahan Negeri Sabah, Panel Penggubal Item Kerja Projek Matematik Tambahan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Panel Penggubal Item Instrumen Matematik Tambahan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, dan Panel Penggubal Modul Matematik Tambahan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Beliau juga aktif menghasilkan inovasi-inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Tambahan. Terkini, beliau aktif menghasilkan video-video PdPR di saluran YouTube bagi membantu pelajar mengulangkaji sendiri di rumah sepanjang PKP.

Pengalaman dan kepakaran beliau dalam subjek Matematik Tambahan telah membantu ramai pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. 

  • Berkelulusan Sarjana Muda sains dengan Pendidikan Dengan Kepujian (Universiti Malaya 2001)

  • Jurulatih Utama Negeri Sabah

  • Guru Cemerlang DG52

  • Panel Pembina Item Negeri Sabah

  • Pengalaman mengajar 20 tahun

  • Penceramah Teknik menjawab Matematik Tambahan 2011-2021